Pra Persediaan Majlis Berinai Kasih

siap1
(Bunga Telor Untuk Para Hadirin)

 

siap2
(
Sentuhan  hantaran istimewaoleh Puan Norhizan)

siap3

siap4
(Bertungkus lumus menghiris daun pandan hati hati jangan terhiris jari tu!!)

siap5
(Antara gubahan yang sempat disiapkan oleh Puan Norhizan)
siap7
(Puan Aishah pun ada menyumbang tenaga menghiris bunga)

siap8
(Dah cukup bunga telor ini)

siap90
(Bertuah ahli PUSPANITA yang dapat hantaran topi ini)

fotod3
(Bunga manggar wajib ada!!)

Posted in Mesyuarat AJK | Comments Off on Pra Persediaan Majlis Berinai Kasih

Ucapan Hari Jadi Bulan Disember

jadi12

Posted in Mesyuarat AJK | Comments Off on Ucapan Hari Jadi Bulan Disember

Keahlian PUSPANITA DBP

Jika anda berminat untuk menjadi ahli PUSPANITA DBP, sila isi borang permohonan

 

Posted in Kad Keahlian | Comments Off on Keahlian PUSPANITA DBP

Program FUN WITH ENGLISH

Program “Fun With English” akan diadakan pada 2 Disember 2016  sempena cuti sekolah. Anak-anak ahli PUSPANITA dipelawa untuk memohon program ini.

Muat turun Aturcara 

Muat turun borang penyertaan

 

 

Posted in Aktiviti | Comments Off on Program FUN WITH ENGLISH

Malam Gala PUSPANITA Cawangan PUSPANITA KPM

Malam Gala Cawangan PUSPANITA KPM telah diadakan pada 18 November 2016 yang lepas bertempat di Dewan Ballroom Hotel Marriot.

klo4

klo1

klo2

 

Posted in Aktiviti | Comments Off on Malam Gala PUSPANITA Cawangan PUSPANITA KPM

Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari keenam)

Catatan Hari Keenam,

Perjalanan diteruskan ke Padang Besar dan kami berhenti sekejap  untuk makan dan solat di R & R yang disediakan di sepanjang perjalanan .

gajah6

Kami selamat tiba di Padang Besar pada pukul 4.00 petang dan setelah melepasi imigresen Thailand, kami terus menaiki ETS di Padang Besar pada jam 5.30 petang dan sampai di KL Sentral pada jam hamper 12.00 malam.

rumah11
[
Di kediaman keluarga Datin Roos Mohamed di Arau, Perlis]

Walaupun agak keletihan, semua peserta berasa seronok dengan percutian ini yang mana dapat mempereratkan lagi silatulrahim dan dapat bertukar-tukar fikiran sesama ahli. Semoga bertemu lagi di percutian yg akan datang. Terima kasih pada urus setia dan AJK yang bertungkus lumus memastikan lawatan ini berjaya serta kepada Datin Roos Mohamed yang memberi sokongan penuh serta  menjadi tulang belakang lawatan ini.

Khob Khun Kab!!

 

 

Posted in Aktiviti | Comments Off on Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari keenam)

Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 5)

Catatan Hari Kelima.

Pada awal pagi, para peserta telah diberikan sebuah buggy untuk dibawa secara berkumpulan ke pasar Roh Klue (pasar terbesar di Thailand) .

ktr4
gajah9 ktr2

Pada sebelah petang, kami telah mengemas barang dan meneruskan perjalanan balik ke Padang Besar . Oleh kerana perjalanan agak jauh, kami bermalam di atas bas.

Posted in Aktiviti | Comments Off on Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 5)

Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 4)

Catatan Hari Keempat.

Pada sebelah paginya, semua peserta bersarapan pagi di hotel dan bergambar di sekitar Hotel Chaleena.

anca1na
[Semua peserta bergambar beramai-ramai di depan Hotel Chaleena, Bangkok]

Pada jam 9.00 pagi,  peserta meneruskan perjalanan ke Pattaya dan singgah di  Masjid Besar Pattaya  untuk solat zohor.

jalan2

Selepas makan tengah hari, peserta dibawa  melihat pertunjukan gajah dan cara seni  kebudayaan masyarakat Thai.

rumah12
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Aranyaprathet dan makan malam di penginapan yang disediakan.

 

Posted in Aktiviti | Comments Off on Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 4)

Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 3)

Catatan Hari ketiga:

Peserta singgah di Patburi untuk mandi dan solat subuh serta bersarapan pagi. Kami seterusnya di bawa melawat Pasar Terapung (Floating Market) . Peserta berpeluang menaiki sampan yang disediakan dan dapat  melihat peniaga menjual jualan masing-masing di atas sampan seperti buah-buahan potong, pulut, durian, kuih-muih.

ktr5
[Gelagat peserta semasa menaiki sampan di Pasar Terapung]

  ktr7 rumah14

 

Peserta juga telah meneruskan perjalanan ke Kanchanaburi telah dibawa menyeberang river Kwai dan menaiki keretapi mini melintasi jambatan besi.
gajah3

 ktr1

ktr3
                            [Peserta sedang berjalan di landasan keretapi jambatan River Kwai]

Lewat petang kami berpeluang melawat muzium dan pameran  batu permata dan membeli belah di kedai batu permata yang merupakan kedai permata yang terbesar di |Asia Tenggara.

gajah2

rumah13
[Peserta sedang menaiki keretapi di pameran batu permata]

 

Pada sebelah malamya, peserta menjamu selera  makanan ala steamboat di Bangkok.

rumah16
[Peserta sedang menikmati hidangan steamboat]

Selepas itu kami terus bermalam di Hotel Chaaleena , Bangkok sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya.

 

Posted in Aktiviti | Comments Off on Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 3)

Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 2)

Catatan pada hari kedua:

Seawal pukul 7.00 pagi, semua peserta telah mendaftar  daripada Wiswa Belia dan menaiki bas untuk terus pergi ke Padang Besar untuk urusan Imegresen. Di sana semua peserta telah disambut oleh ejen pelancongan dan berpecah kepada dua kumpulan bagi menaiki bas dua tingkat yang telah disediakan.

ktr90

Dalam perjalanan ke Hatyai, peserta berhenti sekejap untuk bersarapan serta membeli belah barang makanan seperti kacang gajus, kekacang , biskut dan lain-lain dengan harga yang berpatutan.

ktr999

Kemudian peserta dibawa ke kedai menjual pelbagai jenis beg, barangan kulit, pakaian  dan lain-lain barangan.

Pada waktu malamnya kami berhenti di Hatyai untuk makan malam  dan seterusnya meneruskan perjalanan ke kota Bangkok dan bermalam di dalam bas.

Posted in Aktiviti | Comments Off on Lawatan Ke Kanchanaburi, Bangkok, Pattaya dan Aranyaprathet (Hari 2)