Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi

tnnie Puan Hartinie binti Razak

Tugas dan Tanggungjawab

  • Pengerusi bertanggungjawab dalam pelantikan ahli biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat biro.
  • Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Pengerusi bertanggungjawab menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Pengerusi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh Biro.
  • Menyebarkan semua bahan hebahan melalui papan kenyataan, TV plasma, siar raya, laman sesawang dan e-mel PUSPANITA DBP.
  • Mewujudkan e-mel Jawatankuasa dan semua ahli PUSPANITA DBP.
  • Membina laman sesawang PUSPANITA DBP dalam laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Menyediakan persembahan multi media dari masa ke semasa.
  • Menyimpan pangkalan data maklumat ahli PUSPANITA DBP dan data aktiviti PUSPANITA DBP.
  • Melaporkan semua kegiatan aktiviti kepada Setiausaha dan semasa mesyuarat.
  • Membantu jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan kerja-kerja ad-hoc.
  • Menyediakan draf bahan hebahan/iklan berkaitan aktiviti yang hendak dilaksanakan dan di serahkan kepada¬† Biro Penerbitan.