Biro Dokumentasi dan Seranta

aminah2015
Pengerusi

Puan Aminah Awang Basar

Tugas dan Tanggungjawab

  • Ketua Biro bertanggungjawab dalam pelantikan ahli Biro.
  • Ketua Biro bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Biro.
  • Ketua Biro bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Biro dan catatan minit mesyuarat hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
  • Ketua Biro bertanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab menyediakan laporan semua aktiviti Biro untuk mesyuarat dan bertindak sebagai Setiausaha bagi tujuan Buku Laporan Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Ketua Biro bertanggungjawab menerima dan menyemak laporan kegiatan aktiviti yang disediakan oleh Biro-Biro untuk dimuatkan dalam Buku Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Biro bertanggungjawab menyemak dan menyediakan reka bentuk iklan/hebahan untuk semua biro dan menguruskan penerbitannya.
  • Biro bertanggungjawab menguruskan penerbitan Buku Laporan Tahunan untuk Mesyuarat Agung Terhimpun PUSPANITA DBP.
  • Biro bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan kad ucapan tahniah, takziah dan hari lahir.
  • Biro bertanggungjawab menyiarkan maklumat aktiviti PUSPANITA DBP yang telah dijalankan dan akan dijalankan di papan kenyataan DBP.
  • Biro bertanggungjawab membantu Jawatankuasa Induk PUSPANITA DBP menjalankan tugasan  ad-hoc.